.:: PROFIL > FAKTA & SEJARAH > PEMBANGUNAN AWAL
Pembangunan Awal FELDA

FELDA ditubuhkan pada tahun 1956, menjelang Merdeka. Dari detik permulaan secara kecil-kecilan organisasi ini telah berkembang menjadi suatu organisasi raksasa. Kini, rancangan-rancangan yang diselenggarakannya meliputi lebih daripada setengah juta hektar dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA yang terdiri daripada peneroka, pekerja FELDA dan pekerja kontrak serta keluarga masing-masing.

Sejak tahun 1960, FELDA yang ditubuhkan untuk pembangunan kawasan pendalaman yang lebih terpencil di negara ini, telah pula sendiri bertanggungjawab secara langsung dalam usaha pembangunan.

Kerajaan-kerajaan negeri menyerahkan segala hak ke atas tanah untuk diusahakan kepada FELDA yang seterusnya menjadi agensi yang bertanggungjawab memajukannya kepada suatu kawasan pembangunan yang intergrated sepenuhnya.

Y.A.B Tun Abdul Razak, Perdana menteri Malaysia semasa melawat Taib Andak pada 30 Mac 1968.

Pembukaan Awal
Pembangunan tanah di negeri Johor Darul Takzim bermula pada 1959 dengan mengambil alih rancangan Sungai Tiram dan Endau yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri.

Sehingga tahun 1995, sebanyak 80 rancangan telah dibuka dengan keluasan 164,023 hektar; 79% ditanam sawit, 15% dengan getah dan 6% di bawah kawasan perkampungan.

Rancangan pertama yang dibuka ialah Rancangan Lurah Bilut yang ditanam dengan getah iaitu pada tahun 1958. Manakala Rancangan Taib Andak merupakan rancangan FELDA pertama ditanam dengan sawit iaitu pada tahun 1961.

FELDA
Wisma FELDA, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2693 5066 Fax: 03-2692 0087

PENAFIAN : FELDA  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.