Laman Utama
KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BHD
|
KOPERASI PERMODALAN FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948.Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.
Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA. |
|
PENGARAH BESAR FELDA, Y.BHG. DATO’ DZULKIFLI ABD WAHAB MENERAJUI LEMBAGA KPF MULAI JANUARI 2010
Pengarah Besar Felda, Y.Bhg. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab telah dilantik sebagai Pengerusi KPF bagi menggantikan mantan Pengarah Besar Felda Y.Bhg. Dato’ Ahmad Tarmizi Alias yang telah bersara. Sementara itu Encik Abidin Abd. Rahman iaitu Timbalan Pengarah Besar, Pembangunan Komuniti, dilantik sebagai Setiausaha KPF bagi mengambilalih tugas Y.Bhg. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab. Perlantikan kedua-duanya berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.
KPF MENCEBURI AKTIVITI PEMBIAYAAN BERLANDASKAN SYARIAH
Mulai Julai 2009, KPF mula menawarkan pembiayaan kewangan berlandaskan patuh syariah “tawarruq” kepada anggota-anggota. Kemudahan pembiayaan ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada anggota yang memerlukan tunai segera dan pelbagai jenis keperluan yang lain sehingga RM100,000.00.
|
|